2025-04-22 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin,mencecah paras 4.39 berikutan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi mata wang AS itu dalam rundingan berterusan dengan Jepun dan Kesatuan Eropah.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan mengukuh kepada 4.3955/4195 berbanding dolar AS daripada 4.4100/4175 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan dilihat menyebabkan dolar AS rendah,yang biasanya menjadi aset selamat dalam tempoh tidak menentu.
“Situasi ini telah membawa kepada nilai mata wang pasaran sedang pesat membangun meningkat,termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus mencatatkan penurunan,berada pada 98.827 dalam ketidaktentuan berterusan mengenai tarif AS.
“Selain itu,kenyataan Presiden Trump mengenai rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dan bagaimana ini boleh menjejaskan tempoh perkhidmatan Pengerusi Fed,turut menyumbang kepada ketidaktentuan dasar.
“Susulan penurunan DXY,dolar-ringgit dijangka mencatatkan trend meningkat berbanding dolar AS hari ini,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1066/1240 daripada 3.0971/1028 pada Jumaat lepas,merosot berbanding pound kepada 5.8539/8859 daripada 5.8516/8616 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0342/0617 daripada 5.0133/0218.
Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 260.4/262.0 daripada 261.2/261.8 sebelum ini dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.79 daripada 7.77/7.79.
Bagaimanapun,ia merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1989/05 daripada 13.1815/2154 pada Jumaat lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3625/3817 daripada 3.3562/3601 sebelum ini.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur