2025-04-22 IDOPRESS

Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto RTM
JOHOR BAHRU,21 April – Kerajaan Johor mencadangkan pembinaan Taman Perindustrian ASEAN di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ),sebagai inisiatif untuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata taman tersebut bakal dibangunkan secara berfasa,bermula dengan projek perintis yang menumpukan kepada sektor-sektor terpilih dan akan dikembangkan mengikut prestasi.
“Taman ini akan dimanfaatkan melalui kerjasama awam dan swasta,dengan pembangunan bersama infrastruktur dan perkhidmatan yang relevan. Pasukan petugas khas juga akan ditubuhkan bagi memantau kemajuan serta memastikan penyelarasan sejajar dengan matlamat ekonomi ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Forum Perniagaan dan Pelaburan bersama JS-SEZ,di sini.
Forum tersebut menghimpunkan lebih 1,000 pelabur dan pemain industri dari dalam dan luar negara,yang terlibat secara langsung dalam ekosistem pembangunan JS-SEZ.
Taman Perindustrian ASEAN itu dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serantau,selain merangsang aktiviti pelaburan rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur