2025-04-23 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi dengan 86 buah rumah terjejas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam satu kenyataan memaklumkan antara daerah terlibat ialah Sungai Buloh,Petaling Jaya dan Subang Jaya namun tiada mangsa dipindahkan.
Di Kampung Paya Jaras Hilir,Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.
"Di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa sebuah keteta terperangkap apabila Persiaran Damai Kampung Kenangan Subang Jaya dinaiki air sedalam dua kaki.
Namun kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan paras air mula surut.
Sementara itu dalam kejadian di Jalan PJU 1A/46 Petaling Jaya,seorang wanita berumur sekitar 50-an diselamatkan orang awam apabila kawasan itu dinaiki air sedalam lima kaki.
"Sebuah kereta turut terperangkap namun air di lokasi kejadian telah surut sepenuhnya," tambahnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur