2025-04-23 HaiPress

Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan perlu diperkasa bagi meningkatkan keupayaan menembusi pasaran eksport global / Foto Hiasan / Bernama
SHAH ALAM,22 April – Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan perlu diperkasa bagi meningkatkan keupayaan menembusi pasaran eksport global,kata Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata demikian susulan hanya 20 daripada 830 syarikat tempatan dalam sektor tersebut berjaya menembusi pasaran antarabangsa setakat ini.
“Jadi saya beritahu dengan syarikat pengurusan CTCS ini,ialah bagaimana pada masa akan datang kita kenal pasti syarikat-syarikat bumiputera yang berwibawa. Letak mereka dalam kategori A,B dan C yang mempunyai kapasiti untuk mengeksport produk-produk kayu kita ataupun komponen perabot kayu.
"Kita juga akan bantu mereka berjumpa dengan syarikat bukan bumiputera yang berjaya dan menjadi ‘flagship’ eksport negara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu CTCS Worldwide Sdn Bhd di sini,hari ini.
Menurut Johari,usaha memperkukuh syarikat bumiputera perlu digerakkan secara lebih sistematik dengan memberi tumpuan kepada kolaborasi industri serta penglibatan dalam rantaian bekalan komponen eksport.
“Peluang eksport ini luas,dan syarikat bumiputera perlu manfaatkan penyertaan dalam pembekalan komponen serta kerjasama industri untuk berkembang,” katanya.
Untuk rekod,nilai eksport industri perkayuan negara mencatat RM22.9 bilion pada tahun lalu,meningkat 4.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur