2025-04-23 HaiPress

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Thailand,Dr. Visit Limlurcha / Foto RTM
KUALA LUMPUR,22 April – Malaysia dan Thailand berpotensi besar untuk memperluas kerjasama dalam sektor pembungkusan,dengan memanfaatkan kekayaan sumber bahan mentah serta kelebihan pasaran halal masing-masing.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Thailand,Dr. Visit Limlurcha berkata kerjasama dua hala itu mampu memberi nilai tambah kepada penghasilan produk dan pembungkusan yang lebih lestari,selaras dengan keperluan semasa pasaran serantau.
“Kita boleh jalinkan lebih banyak kerjasama antara Thailand dan Malaysia kerana Malaysia mempunyai banyak pelan hala tuju yang boleh dikembangkan kepada bahan ramuan masa depan,bukan sekadar komoditi biasa. Kita boleh gabungkan kekuatan ini dan saling bertukar.
“Malaysia mempunyai pasaran halal yang besar,manakala Thailand pula kaya dengan bahan mentah yang tiada di Malaysia. Jadi kita boleh saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pada sesi Meneroka Peluang Dagangan dan Pembungkusan Malaysia-Thailand Menjelang ProPak Asia 2025 di ibu negara hari ini.
Menurut beliau,kolaborasi itu penting bagi memperkukuh rantaian bekalan serantau,terutamanya dalam meningkatkan nilai produk di peringkat ASEAN.
Data pasaran menunjukkan peningkatan penggunaan makanan dan minuman telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembungkusan di Malaysia,yang dijangka berkembang kepada 23.7 bilion unit menjelang tahun 2028.
Sementara itu,pasaran sektor pembungkusan di Thailand diunjur bernilai AS$19.54 bilion menjelang tahun 2030,berbanding unjuran AS$15.71 bilion pada tahun ini.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur