2025-04-23 HaiPress

Sebanyak 2,613 aduan berkaitan industri penerbangan direkodkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sepanjang separuh kedua tahun lalu / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,22 April – Sebanyak 2,613 aduan berkaitan industri penerbangan direkodkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sepanjang separuh kedua tahun lalu,dengan hampir kesemuanya melibatkan syarikat penerbangan.
MAVCOM dalam kenyataan memaklumkan,lebih 50 peratus aduan yang diterima berkaitan isu pembatalan penerbangan,kelewatan serta penjadualan semula,manakala hanya satu peratus melibatkan perkhidmatan lapangan terbang.
"Daripada jumlah keseluruhan aduan itu,99 peratus berjaya diselesaikan dalam tempoh tersebut. Syarikat penerbangan domestik turut mencapai kadar penyelesaian aduan melebihi 90 peratus dalam tempoh 30 hari seperti disasarkan," menurut MAVCOM.
Namun begitu,syarikat penerbangan asing hanya mencatat kadar penyelesaian 54 peratus,sekali gus mencerminkan keperluan penambahbaikan dalam aspek pengendalian aduan serta peningkatan tahap kepuasan pengguna.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM,Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata penting bagi semua pemain industri untuk bersedia memenuhi permintaan yang semakin meningkat,selaras dengan usaha memulihkan sektor penerbangan negara.
Katanya,keutamaan juga perlu diberikan kepada perlindungan hak pengguna dan peningkatan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur