2025-04-23 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 April- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada kenyataan berubah-ubah Presiden AS mengenai kedudukan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.3825/4150 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan Presiden Donald Trump telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan Fed,menunjukkan kemungkinan campur tangan politik dalam usaha bank pusat AS itu untuk menyeimbangkan antara pertumbuhan dan inflasi.
“Kenyataan terbaru Trump yang menyatakan beliau tidak berniat untuk memecat Jerome Powell telah menyebabkan indeks ekuiti penanda aras meningkat semula manakala Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur mencecah ke paras 98 mata,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata semakan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi 2025 telah menimbulkan suasana hambar dalam pasaran.
IMF menurunkan unjuran KDNK AS kepada 1.8 peratus daripada 2.7 peratus dan menunjukkan peningkatan kemungkinan berlakunya kemelesetan.
“Oleh itu,ringgit mungkin sedikit lemah,memandangkan kenaikan DXY hari ini,” katanya.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0711/0941 daripada 3.1206/1260 ketika ditutup pada Selasa,dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.8173/8605 daripada 5.8590/8683.
Ringgit juga lebih stabil berbanding euro kepada 4.9755/0123 daripada 5.0362/0442.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3357/3610 daripada 3.3523/3579 ketika ditutup semalam,dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.79 daripada 7.73/7.75.
Ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0397/1508 daripada 13.1930/2212 semalam,dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 259.9/261.9 berbanding 259.9/260.5.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur