2025-04-23 IDOPRESS

edua-dua naskhah berjudul "Jurnal Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JUKEPs)" dan "Pemerkasaan Asnaf Perlis: Fokus kepada TVET dan Keusahawanan sebagai Pemangkin Perubahan Hidup" dilancarkan dalam satu majlis penyerahan rasmi kepada Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis,Jaidi Ahmad
KANGAR,22 April- Sempena Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerbitkan dua buah buku ilmiah yang berimpak tinggi,sebagai tanda penghormatan dan simbol pencapaian keilmuan negeri ini.
Kedua-dua naskhah berjudul "Jurnal Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JUKEPs)" dan "Pemerkasaan Asnaf Perlis: Fokus kepada TVET dan Keusahawanan sebagai Pemangkin Perubahan Hidup" dilancarkan dalam satu majlis penyerahan rasmi kepada Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis,Jaidi Ahmad.
Menurut Pengarah Eksekutif FCoEE,Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin,penerbitan ini merupakan manifestasi penghargaan terhadap kepimpinan berwibawa Tuanku Syed Sirajuddin sepanjang 25 tahun memayungi negeri Perlis.
“Ia bukan sekadar penerbitan biasa,tetapi dokumen bersejarah yang merakam naratif kemajuan institusi kehakiman Syariah dan strategi pembangunan sosioekonomi berasaskan pendidikan,” ujarnya.
JUKEPs memfokuskan kepada sejarah penubuhan JKSNPs serta dokumentasi biografi lima Ketua Hakim Syarie Perlis. Ia turut mengupas isu-isu semasa seperti fatwa pelantikan hakim wanita,analisis alasan penghakiman Mahkamah Syariah pelbagai peringkat,serta respon institusi terhadap perubahan dalam struktur kekeluargaan kontemporari.
Sementara itu,buku Pemerkasaan Asnaf Perlis tampil sebagai refleksi komitmen negeri dalam memajukan golongan asnaf melalui pendekatan holistik melibatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),keusahawanan,dan pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
Ia turut menampilkan kajian-kajian khusus berkaitan peranan institusi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Akademi Transformasi Asnaf,yang menjadi pemangkin utama program pemerkasaan komuniti.
Kedua-dua penerbitan itu diterajui oleh penyelidik dan akademia dari UniMAP serta Universiti Islam Negeri Perlis (UniSIRAJ) dan dijangka menjadi dokumen rujukan utama dalam sektor kehakiman serta pembangunan masyarakat di masa hadapan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur