2025-04-23 IDOPRESS
Dr. Mohamad Saleeh Rahamad
KUALA LUMPUR,23 April- Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyatakansokongan terhadap sebarang langkah penyelesaian yang diambil kerajaan berhubungpaparan Jalur Gemilang tanpa imej bulan sabit pada muka hadapan akhbar berbahasa cina tempatan,baru-baru ini.
Presiden PENA Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata,setiap tindakan yang diambil perlu berlandaskan undang-undang serta akta sedia ada.
"Kita harus menangani perkara ini dengan teliti dan berpandukan undang-undang.Siasatan mesti dijalankan secara menyeluruh dan adil,tanpa dipengaruhi sentimenperibadi atau unsur perkauman," menurut Mohamad Saleeh dalam satu kenyataan.
Sebarang kesalahan berkaitan penerbitan bahan bercetak boleh disiasat bawah Akta 414 iaitu Akta Lambang (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta 301,Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Tindakan memperlekehkan Jalur Gemilang sebagai simbol rasmi negara bolehdianggap sebagai cubaan mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat," tegasbeliau.
Jalur Gemilang merupakan lambang identiti rakyat Malaysia dan setiap unsur yang ada termasuk imej,jalur,serta warna membawa makna tersendiri.
Maka,tindakan mencabar simbol ini,lebih-lebih lagi melalui media utama,dilihat sebagaisatu bentuk pengkhianatan terhadap semangat perpaduan dan keharmonian negara.
Dalam pada itu,beliau turut menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) yangmewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang dalam kalangan pelajar di semuasekolah bawah pentadbiran kementerian itu.
"Langkah ini dilihat sebagai pendekatan jangka pendek yang baik untuk menyemaisemangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar serta masyarakatumum.
"Namun,usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi menyedarkan rakyat tentangkepentingan mempertahankan prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.
Mohamad Saleeh juga meluahkan kebimbangan terhadap pengabaian prinsipRukun Negara yang kini semakin dilupakan.
"Bukan sahaja tidak dilafazkan dalam majlis rasmi,malah penghayatannya juga kianmenipis. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak dihormati dan ada pihakyang berani menghina pemimpin negara serta institusi Raja-Raja Melayu," jelas beliau.
BERITA BERKAITAN:
Ilustrasi Jalur Gemilang: Tindakan ke atas penyunting akhbar berasas – Fahmi
Kesilapan paparan Jalur Gemilang: Sin Chew Daily akan ambil tindakan disiplin terhadap petugas
Isu Jalur Gemilang: MCMC serah kertas siasatan kepada Pendakwa Raya
Classic Never Fades. iCAUR Unveils New Brand Vision
Innovation·Defining the Future: JETOUR JMA Global Media Alliance Tech Tour Kicks Off
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur