2025-04-23 IDOPRESS

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Datuk Ewon Benedick / Foto RTM
SHAH ALAM,22 April – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 dalam usaha memperkasa gerakan koperasi negara.
Menterinya,Datuk Ewon Benedick berkata penggubalan tersebut bertujuan menambah baik undang-undang sedia ada serta memperkukuh peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan kawal selia koperasi.
“Keperluan ini mengambil kira dapatan dua kajian yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. Kajian pertama adalah kajian perundangan berkaitan koperasi,manakala kajian kedua adalah kajian kekangan koperasi sebagai entiti perniagaan dalam konteks perundangan.
“Kedua-dua kajian ini memberi fokus kepada penambahbaikan perundangan koperasi bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang mampan dan lestari,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi (MPKK) di sini,hari ini.
Menurut beliau,setakat ini,sebanyak 10 sesi libat urus telah diadakan melibatkan 295 koperasi dan 47 agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas berkaitan rang undang-undang (RUU) tersebut.
Beliau yakin penggubalan akta baharu itu akan membantu mewujudkan koperasi yang lebih responsif dan dinamik selain memudahkan urusan perniagaan koperasi.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur