2025-04-23 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,22 April- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi penutupan hari ini berikutan kebimbangan baharu mengenai ketidaktentuan ekonomi global dan petunjuk bercampur-campur daripada dasar monetari Amerika Syarikat (AS),kata ahli ekonomi.
Pada 6 petang,mata wang tempatan merosot kepada 4.3835/3905 berbanding dolar AS daripada 4.3670/3735 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatatkan sedikit pembetulan berbanding dolar AS pada RM4.3850 daripada semasa ditutup sebelum ini.
“Tahap ketidaktentuan masih kekal tetapi peniaga mungkin telah membuat urus niaga berikutan indeks dolar (DXY) dilihat telah mencapai paras menarik,” katanya kepada Bernama.
Katanya kritikan Presiden AS Donald Trump terhadap Rizab Persekutuan (Fed) AS dan potensi implikasinya terhadap kebebasan Fed dalam menetapkan dasar monetari terus menjadi kebimbangan utama.
“Situasi tarif turut dijangka tidak mereda dalam masa terdekat,menambah lagi tekanan terhadap mata wang yang terdedah kepada ketidakstabilan atau turun naik dalam pasaran kewangan seperti ringgit,” katanya.
Dalam negara,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1206/1260 daripada 3.1046/1095 semasa ditutup semalam dan berkurangan berbanding pound kepada 5.8590/8683 daripada 5.8513/8601,bagaimanapun naik berbanding euro kepada 5.0362/0442 daripada 5.0408/0483 sebelum ini.
Mata wang tempatan turut susut berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3523/3579 daripada 3.3515/3570 semasa ditutup semalam,berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.75 daripada 7.71/7.73 semalam,susut berbanding baht Thailand kepada 13.1930/2212 daripada 13.1914/2170 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 259.9/260.5 daripada 259.8/260.3 sebelum ini.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur