2025-04-24 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 April- Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) yang dikemas kini mampu mengukuhkan daya saing Malaysia dalam pasaran serantau yang semakin mencabar.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan pengenalan protokol kedua dijangka mengurangkan kos transaksi,menyokong pendigitalan perdagangan,serta meningkatkan ketahanan rantaian bekalan.
"Merangkumi gabungan keluaran dalam negara kasar melebihi AS$5.6 trilion serta populasi lebih 700 juta,turut membuka peluang baharu dalam perdagangan dan pelaburan mampan.
"Bab-bab baharu turut diperkenalkan,termasuk pembangunan mampan,sokongan kepada perusahaan mikro,kecil dan sederhana,serta pemerolehan kerajaan," menurut kenyataan itu.
Sejak berkuat kuasa pada 2010,AANZFTA menjadi antara tonggak utama strategi perdagangan serantau Malaysia.
Nilai eksport ke negara terlibat,meningkat dua kali ganda,daripada RM5.8 bilion kepada RM12.9 bilion antara 2016 hingga 2023.
Pada masa sama MITI akan terus bekerjasama rapat dengan pihak industri,untuk memastikan sektor perniagaan meraih manfaat maksimum daripada perjanjian yang dikemaskini.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur