2025-04-24 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 April - Kadar inflasi yang kekal di bawah dua peratus merupakan hasil daripada dasar fiskal dan pengurusan ekonomi yang konsisten.
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata,momentum yang berjaya dikekalkan sejak Mac 2024 itu pencapaian yang baik,terutama dalam suasana ekonomi global tidak menentu.
Laporan inflasi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Mac 2025 menunjukkan,kadar inflasi negara meningkat perlahan kepada 1.4 peratus,lebih rendah berbanding Februari 2025.
"Jika diteliti,beberapa kategori perbelanjaan asas rakyat,bukan sahaja stabil,malah menunjukkan penurunan harga.
"Harga keseluruhan daging turun 0.4 peratus,dipacu penurunan harga daging lembu tempatan sebanyak 4.3 peratus. Harga beras juga terus menurun sebanyak 0.9 peratus," kata Rafizi.
Tambahnya,kerajaan akan terus memantau dan memastikan kadar inflasi kekal terkawal,agar rakyat dapat merancang kehidupan dan kewangan dengan lebih yakin.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur