2025-04-24 HaiPress

Foto RTM
ISKANDAR PUTERI,23 April – Sebanyak 32 syarikat tempatan dan antarabangsa menyatakan minat untuk beroperasi di Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City,Iskandar Puteri.
Exco Pelaburan,Perdagangan,Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor,Lee Ting Han berkata,daripada jumlah tersebut,19 merupakan syarikat tempatan,manakala selebihnya terdiri daripada syarikat dari Singapura dan Thailand.
Menurut beliau,dua syarikat iaitu CMY Capital dan Yow Kee Family Office telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),menjadikan mereka kumpulan pertama yang akan menubuhkan pejabat keluarga (family office) di SFZ Forest City.
“Kelulusan ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi SFZ sebagai hab kewangan baharu di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Ting Han,Kementerian Kewangan sedang memuktamadkan pakej insentif khas bagi SFZ yang dijangka akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Katanya lagi,setiap permohonan yang diterima akan diproses secara berperingkat bagi mempercepatkan kelulusan dan merangsang kemasukan pelaburan baharu ke zon berkenaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur