2025-04-27 HaiPress

Pengarah Penyiaran Melaka,Siti Nurbaini Khairi / Foto RTM
BANDAR RAYA MELAKA,27 April-Misi MelakaFM untuk meraih 3 juta tanda suka dalam siaran langsung di platform TikTok berjaya dicapai dalam tempoh hanya 8 jam bersiaran.
Lebih membanggakan,dalam tempoh 24 jam bersiaran,stesen radio itu berjaya mengumpulkan lebih 6.7 juta tanda suka secara keseluruhan.
Pengarah Penyiaran Melaka,Siti Nurbaini Khairi,berkata kejayaan itu turut menyumbang kepada pertambahan jumlah pengikut di laman media sosial rasmi MelakaFM.
"Terima kasih atas sokongan semua. MelakaFM sebenarnya bersiaran 18 jam sehari,dan selepas tengah malam,siaran akan disambung oleh NasionalFM menerusi program Geng Burung Hantu," katanya ketika ditemui RTM.
Tambah beliau,siaran 24 jam ini dilaksanakan sempena sambutan Hari RTM ke-79,sekaligus memberi peluang kepada MelakaFM untuk mendekati lebih ramai pendengar dan pengguna platform digital.
"Kita bukan sahaja berjaya mencapai matlamat,tetapi juga berjaya menarik lebih ramai pengikut baharu yang kini mengikuti MelakaFM di media sosial," tambahnya.
Lebih menarik,semua kakitangan MelakaFM turut berkampung di Jabatan Penyiaran Melaka sepanjang siaran langsung berlangsung sebagai tanda sokongan,di samping mengadakan pelbagai pengisian menarik untuk memeriahkan program.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur