2025-04-27 HaiPress

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan Pasukan Rejimen Renjer Diraja pada Istiadat Perbarisan Mengarak Panji Panji Rejimen Pasukan Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Baginda di Stadium Tuanku Syed Putra,Kangar / BERNAMA
KANGAR,27 April- Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikis sifat mementingkan diri dan ego berkaitan kedudukan,demi memperkukuhkan kedaulatan negara.
Baginda menegaskan,budaya suka berpeluk tubuh dan hanya menunggu arahan juga perlu segera dibuang,khususnya dalam kalangan anggota tentera.
Titah baginda lagi,warga ATM,terutamanya Kor Rejimen Renjer Diraja,perlu lebih proaktif serta sentiasa mempamerkan nilai profesionalisme yang tinggi dalam setiap aspek tugas. Mereka juga diseru agar bersedia untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha memelihara keutuhan,keselamatan dan kedaulatan negara.
Baginda bertitah demikian semasa Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Pasukan-Pasukan Rejimen Renjer Diraja,bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra,Kangar,Perlis.
Turut berkenan hadir,Raja Perempuan Perlis,Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Istiadat itu turut diserikan dengan pertunjukan terjun bebas payung terjun serta persembahan pancaragam tentera.
Pada sesi malam,lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium meskipun hujan untuk menyaksikan pelbagai persembahan daripada pasukan Tentera Darat,termasuk Persembahan TATU Tentera Darat yang menampilkan demonstrasi ketenteraan seperti terjunan bebas (freefall),pertunjukan Anjing Perang,tempur tanpa senjata serta persembahan pancaragam.
Keseluruhan persembahan melibatkan seramai 1,800 anggota Tentera Darat Malaysia.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur