2025-04-27 HaiPress

Panel Pencegahan Penipuan Digital,Ts Lukas J. Tan
KUALA LUMPUR,27 April- Golongan muda,khususnya pelajar dan belia,diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan siber yang kini semakin canggih dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Panel Pencegahan Penipuan Digital,Ts Lukas J. Tan berkata,kelicikan penjenayah siber mengeksploitasi perubahan teknologi serta kreativiti dalam pelbagai modus operandi baharu berasaskan AI menjadi antara faktor utama mengapa ramai mangsa mudah terperangkap.
"Jika menerima mesej melalui SMS atau media sosial,jangan terus klik sebarang pautan. Sekiranya terima e-mel,pastikan anda tahu cara membaca URL dengan teliti sebelum klik,kerana apa yang terpapar mungkin menyembunyikan pautan lain yang berbahaya.
"Untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa,sekiranya menerima panggilan atau mesej daripada individu tidak dikenali,segera sekat atau 'block' mereka tanpa berlengah," katanya.
Tambah beliau lagi,golongan muda adalah antara kumpulan paling mudah terdedah kepada sindiket penipuan,justeru pendedahan kepada penggunaan media sosial seperti Facebook,WhatsApp,WeChat dan Instagram perlu dikawal,terutama pada usia yang terlalu awal.
Katanya,ibu bapa dan keluarga terdekat perlu memainkan peranan aktif memantau penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak,bagi memastikan jenayah siber tidak terus berleluasa.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran dari Angkasapuri.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur