2025-04-27 HaiPress

Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri) dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) Yang Amat Terpilih,yang membawa gelaran Datuk Seri / Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU,27 April-Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 130 individu di Istana Syarqiyyah,di sini pada Ahad.
Pengurniaan tersebut bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Keputeraan baginda.
Mendahului senarai penerima Datuk Jaafar Abd Aziz yang membawa gelaranDatuk Setia Bakti.
Ia diikuti pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu,S.S.M.Z yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,Panglima Tentera Darat,Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad,Tan Sri Datuk Yap Suan Chee.
Baginda turut mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu,D.S.M.Z Yang Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk kepada 5 individu termasuk Duta Besar Malaysia ke China,Datuk Norman Muhamad.
Sementara itu,tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu antara 23 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu,D.P.M.T Yang Amat Dihormati yang turut membawa gelaran Datuk.
Pada istiadat berkenaan Sultan Mizan berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.S.M.Z Yang Amat Terpilih kepada 23 penerima,Setia Mahkota Terengganu,S.M.T Yang Amat Dihormati,13 penerima,21 penerima Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu,A.M.Z Yang Amat Terpilih dan 42 penerima Ahli Mahkota Terengganu A.M.T Yang Amat Dihormati.
Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail serta paduka-paduka anakanda.
Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur