2025-04-27 HaiPress

Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hassan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 April- Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hassan,dijadualkan akanmenyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri BRICS yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Rio De Janeiro,Brazil.
Menurut Wisma Putra,kenyataan yang bakal disampaikan oleh Datuk Seri Mohamad Hassan akan berlangsung dalam satu sesi khas dan ianya mencerminkan komitmen teguh Malaysia dalam memperkukuhkan multi-lateralisme serta memperjuangkan suara dan kepentingan negara membangun.
Kenyataan tersebut juga selari dengan objektif utama BRICS 2025.
Selain itu,Malaysia juga akan mengambil peluang pada mesyuarat berkenaan untuk berkongsi pandangan serta keutamaan strategik berkenaan dengan isu-isu global yang sedang mendesak.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025,Kuala Lumpur akan terus mempromosikan kerjasama yang lebih mendalam antara ASEAN dan BRICS,menjadikan mesyuarat ini sebagai platform penting dalam memperkukuhkan hubungan antarabangsa.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri BRICS ini dianggap sebagai langkah penting sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS yang dijadualkan pada bulan Julai depan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur