2025-04-27 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,24 April - Ekonomi Malaysia masih mampu bertahan dan mempamerkan daya saing di peringkat global ketika ini,walaupun berdepan tekanan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
Pensyarah Kanan Ekonomi,Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpandangan hubungan dagangan yang kukuh dengan kuasa besar lain serta beberapa negara serantau akan mengimbangi sebarang risiko ketidaktentuan ketika ini.
"Harus diingat Malaysia mempunyai masih lagi mempunyai hubungan rapat dengan kuasa-kuasa besar ekonomi lain seperti China,India,Rusia,Jepun dan Turkiye. Dan juga negara ASEAN seperti Indonesia,Thailand dan Singapura.
"Maka ini jelas menunjukkan Malaysia masih lagi mampu menjalankan perdagangan dan pelaburan pada peringkat pada peringkat yang berimpak tinggi dan mampu menjana dan memberi pendapatan serta pulangan baik kepada negara. Seterusnya ini mampu menjamin pertumbuhan ekonomi yang teguh dan stabil bagi tahun ini," kata Dr. Bashir.
Jelasnya,semakan semula pertumbuhan ekonomi global atau sesebuah negara oleh institusi kewangan antarabangsa dan firma penyelidikan adalah perkara lazim. Ia mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan peralihan dasar di peringkat global mahupun domestik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur