2025-04-27 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,25 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.87 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.17 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik: tender bernilai RM2.9 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 31 hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.3 bilion dan RM20.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur