2025-04-27 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 April - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan dinamik geopolitik yang berubah.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi berharga itu berkemungkinan diniagakan dalam julat yang lebih luas apabila pelabur menilai isyarat bercampur-campur daripada ekonomi-ekonomi utama.
"Minggu depan mungkin menyaksikan lebih banyak turun naik yang sama. Dengan pemimpin-pemimpin ASEAN bersiap sedia untuk potensi perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat dan China bagi menunjukkan kelonggaran diplomatik,naratif itu mungkin terus condong ke arah optimis yang berhati-hati.
"Jika itu berterusan,emas mungkin berhadapan kesukaran untuk mendapatkan semula momentum menaik yang kukuh dalam tempoh terdekat. Memandangkan sifat rundingan perdagangan global yang tidak menentu,penurunan juga mungkin terhad.
"Turun naik harga komoditi itu selama seminggu kini berada sekitar 6.2 peratus,menunjukkan julat dagangan yang diunjurkan sekitar AS$90 berdasarkan harga semerta yang hampir dengan AS$3,300," katanya kepada Bernama.
Innes berkata julat yang dijangkakan secara munasabah iaitu antara AS$3,270 dan AS$3,360 setiap auns troy pada minggu depan,mencerminkan ketidaktentuan yang berterusan dan tindak balas pantas pasaran terhadap isyarat dasar.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta April meningkat kepada AS$3,307.20 setiap auns troy daripada AS$3,305.20 setiap auns troy pada minggu lepas,manakala Mei 2025 menokok kepada AS$3,316.20 setiap auns troy daripada AS$3,315.60 setiap auns troy.
Kontrak Jun,Julai dan Ogos 2025 masing-masing meningkat kepada AS$3,332.80 setiap auns troy daripada AS$3,330.30 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan susut kepada 871 lot daripada 1,984 lot sebelumnya,manakala kepentingan terbuka merosot kepada 88 kontrak daripada 175 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 24 April,harga emas fizikal berada pada AS$3,314.75 setiap auns troy.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur