2025-04-27 IDOPRESS

40 peserta menyertai Program Hiking Bukit Jernih
PADANG BESAR,27 April- SKUAD Antidadah Daerah Perlis Selatan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perlis Selatan serta Sahabat Bukit Jernih menganjurkan Program Hiking Bukit Jernih melibatkan penyertaan seramai 40 peserta.
Program tersebut dilaksanakan sebagai inisiatif memupuk budaya hidup sihat,memperkukuhkan semangat berpasukan serta memperhebatkan mesej pencegahan dadah di kalangan komuniti setempat.
Menurut Pengerusi SKUAD Antidadah Daerah Perlis Selatan,Amar Abd Jalil,aktiviti mendaki bukan sekadar riadah,malah menjadi platform penting dalam mendidik masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan mengajak lebih ramai golongan muda mengamalkan gaya hidup sihat dan positif.
Beliau berkata,SKUAD Antidadah Daerah Perlis Selatan komited untuk terus mempergiatkan program berunsurkan riadah,kesukarelawanan dan pendidikan pencegahan dadah sebagai pendekatan mesra mendekati masyarakat.
Dalam masa sama,beliau turut menyeru lebih ramai penduduk Perlis berusia antara 18 hingga 45 tahun untuk menyertai SKUAD Antidadah Negeri Perlis,seterusnya menjadi ejen perubahan dalam usaha membanteras gejala dadah di peringkat komuniti.
"Setiap individu memainkan peranan penting dalam membina komuniti bebas dadah. Kami amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai belia dan masyarakat untuk berganding bahu merealisasikan impian Perlis bebas dadah," katanya ketika mengetuai Program Hiking Bukit Jernih.
Penganjuran program tersebut mencerminkan kesungguhan SKUAD Antidadah dan AADK dalam memperkukuhkan pendekatan berteraskan komuniti,selari dengan aspirasi melahirkan masyarakat sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur