2025-04-27 IDOPRESS

FOTO FB Kesultanan Pahang
BERA,27 April- Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Perkhemahan Pandu Puteri dan Renjer Peringkat Negeri Pahang 2025.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang,majlis berlangsung di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bera,Triang semalam.
Perkhemahan tersebut menghimpunkan peserta dari seluruh negeri Pahang yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri dan Renjer,dalam usaha memperkasa pendidikan luar bilik darjah dan membentuk sahsiah diri dalam kalangan remaja perempuan.
Selepas majlis penutupan,Baginda turut berkenan meluangkan masa bersama para pelajar dan guru menerusi Program Picnic Santai yang diadakan di lokasi sama.
FOTO FB Kesultanan PahangAset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur