2025-04-27 IDOPRESS

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),Khalid Abdul Samad / Foto Bernama
KOTA BHARU,27 April – Ketiadaan kemarau teruk sepanjang musim ini memberi impak positif terhadap hasil padi di Kelantan,dengan jangkaan pengeluaran tahun ini melebihi sasaran awal.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),Khalid Abdul Samad berkata kebanyakan kawasan tanaman padi musim kedua 2024 di bawah seliaan agensi itu telah menerima bekalan air mencukupi,sekali gus meningkatkan purata hasil secara ketara.
"Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Pasir Mas mendapati hasil padi tahun ini ada yang mencecah lebih enam tan sehektar,berbanding purata biasa sekitar empat tan sehektar. Malah,di beberapa lokasi tertentu,hasil padi mencapai sehingga 7.2 tan sehektar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Libat Urus dan Ramah Mesra KADA,di sini.
Menurut Khalid,keadaan itu jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya,malah petani yang ditemui juga menyatakan rasa syukur apabila bukan sahaja memperoleh hasil selepas dua musim tanpa pulangan,malah hasil kali ini melebihi jangkaan.
"Jauh lebih baik daripada tahun lepas. Apa yang kebanyakan petani kata,asal dapat hasil pun sudah bersyukur,sebab dua musim sebelum ini tiada hasil. Namun,kita dapati bukan sekadar dapat hasil,malah di beberapa lokasi,hasil melebihi apa yang dijangka selama ini," katanya.
Dalam pada itu,beliau memaklumkan penggunaan teknologi moden seperti dron serta teknik penjagaan sawah yang lebih sistematik turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil padi di negeri itu.
Sementara itu,Khalid turut mengumumkan kerja-kerja pengukuhan sementara benteng cerucuk di Rumah Pam Kemubu,Ketereh sedang berjalan lancar.
Projek tersebut bertujuan memastikan bekalan air ke kawasan sawah kekal stabil demi kelangsungan hasil tanaman.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur