2025-04-27 IDOPRESS

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor,Datuk Borhan Aman Shah / Foto Bernama
SEPANG,27 April – Kampung Labu Lanjut,di sini dipilih sebagai salah satu daripada 373 kampung dalam Program Kampung Angkat MADANI 2025.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor,Datuk Borhan Aman Shah berkata pemilihan itu menjadikan Kampung Labu Lanjut sebagai pusat strategik untuk merangsang ekonomi moden dan membangunkan sektor pelancongan berasaskan komuniti.
Menurut beliau,pemilihan kampung itu membuka ruang untuk pelaksanaan projek-projek strategik seperti penganjuran pasar malam sebagai pemangkin ekonomi mikro,pembangunan pasar terapung sebagai daya tarikan pelancongan,serta usaha pemuliharaan sumber air melalui aktiviti pelepasan benih ikan sungai.
"Saya melihat ini sebagai satu usaha yang sangat baik bagi negeri Selangor. Kita ingin mengadakan aktiviti-aktiviti kampung yang boleh memberi impak yang baik kepada ekonomi setempat.
"Antaranya,cadangan untuk menjadikan program pasar terapung. Ini sudah ada di luar negara,namun tadi saya berbincang tentang mekanismanya kerana suasana dan keadaan di negara kita mungkin berbeza. Mungkin fokus jualan kita lebih kepada kraftangan dan makanan tempatan,dan perkara ini akan diperhalusi pihak berkenaan supaya kesinambungannya dapat diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia,di sini.
Inisiatif tersebut dijangka dapat mengukuhkan sumbangan kampung dalam merealisasikan sasaran Tahun Melawat Selangor 2025.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur