2025-04-27 IDOPRESS

Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,26 April - Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS),kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board di AS yang akan dikeluarkan bagi April dijangka memaparkan penurunan kepada 88.5 mata,susut daripada 92.9 pada Mac seperti yang diunjurkan oleh penganalisis.
Ini disusuli dengan Indeks Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang diunjur menyusut kepada 47.9 mata pada April.
Selain itu,laporan senarai gaji bukan ladang dan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS akan turut dipantau rapi,katanya.
"Minggu ini banyak data penting dikeluarkan,dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin mengurangkan Kadar Dana Persekutuan dalam masa terdekat.
“Kami kekal positif mengenai ringgit memandangkan prospek penurunan kadar faedah AS semakin mendapat momentum,” katanya kepada Bernama.
Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS,meningkat daripada 4.4100/4175 pada minggu sebelumnya.
Ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.9596/9670 daripada 5.0133/0218 minggu lepas,naik berbanding yen Jepun kepada 3.0431/0481 daripada 3.0971/1028 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8128/8214 daripada 5.8516/8616.
Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN,mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/260.2 daripada 261.2/261.8,meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3280 daripada 3.3603/3667,dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0195/0450 daripada 13.1599/1902.
Bagaimanapun,mata wang tempatan diniagakan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.78 daripada 7.77/7.79 pada Jumaat sebelum ini.-BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur