2025-04-27 IDOPRESS

Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,26 April - Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan dengan aktiviti pembelian oleh peniaga berikutan tertumpu pada penambahan stok simpanan,kata pakar industri Denis Low.
Beliau percaya harga dan permintaan tidak berubah dengan kecenderungan untuk menjadi lebih rendah.
"Tentunya terdapat banyak kekacauan akibat tarif Amerika Syarikat (AS). Ini mungkin akan menyebabkan ketidaktentuan berterusan di pasaran dengan ramai pengeluar dan peniaga lebih suka tunggu dan lihat berkenaan keseluruhan kisah ini," kata Low kepada Bernama.
Selain itu,beliau berkata turun naik pasaran kemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca dengan cuaca panas dan ribut musim panas dijangka berlaku di beberapa kawasan di Thailand.
"Pada masa yang sama,pihak ramalan cuaca di Malaysia meramalkan ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri.
"Faktor lain yang menyebabkan turun naik iaitu kadar tukaran wang asing apabila mata wang boleh turun naik dengan mendadak pada masa-masa tertentu," kata Low.
Sementara itu,Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata unjuran pasaran getah minggu depan berkemungkinan terus menurun disebabkan oleh isyarat bercampur yang berpunca daripada perang perdagangan AS-China yang berterusan dan ketegangan geopolitik.
Ketidakpastian yang berpanjangan mengenai dasar perdagangan AS dijangka memberi tekanan kepada pasaran,katanya.
"Bagaimanapun,bekalan getah asli di negara pengeluar utama dan langkah rangsangan yang berpotensi dari China mungkin dapat mengehadkan penurunan selanjutnya.
"Harga dijangka terus mengikut prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah penanda aras," kata persatuan itu.
Bagi minggu yang baru berakhir,pasaran getah diniagakan kebanyakannya bercampur-campur terutamanya menjejaki niaga hadapan getah serantau serta dasar perdagangan AS yang tidak menentu,harga minyak mentah dan prestasi ringgit berbanding dolar AS.
Secara mingguan,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menokok sebanyak 1.5 sen kepada 752.50 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot sebanyak 26.0 sen kepada 625.50 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada Jumaat,18 April 2025 sempena sambutan Good Friday.-BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur