2025-04-27 IDOPRESS

KUALA LUMPUR,25 April- Ekonomi Malaysia masih mampu bertahan dan terus mempamerkan daya saing di peringkat global ketika ini,walaupun berdepan tekanan pelaksanaan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).
Pensyarah Kanan Ekonomi,Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpandangan,hubungan dagangan yang kukuh dengan kuasa besar lain serta beberapa negara serantau akan mengimbangi sebarang risiko ketidaktentuan ketika ini.
"Harus diingat bahawa Malaysia masih lagi mempunyai hubungan rapat dengan kuasa-kuasa besar ekonomi lain seperti China,India,Rusia,Jepan termasuk juga negara ASEAN seperti Singapura,Thailand,Indonesia dan negea-negara lain.
"Ini jelas menunjukkan keupayaan Malaysia untuk terus menjana pendapatan yang mampu memberi pulangan baik kepada negara di samping memastikan hubungan rapat dengan negara-negara tersebut," katanya ketika dihubungi RTM.
Dalam pada itu berkenaan semakan semula pertumbuhan ekonomi global atau sesebuah negara oleh institusi kewangan antarabangsa dan firma penyelidikan adalah perkara lazim.
Ia mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan peralihan dasar di peringkat global mahupun domestik.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur