2025-04-27 IDOPRESS

FOTO FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan tekanan terhadap rantaian bekalan global,syarikat-syarikat semikonduktor utama Amerika Syarikat yang diwakiliPersatuan Industri Semikonduktor (SIA) kekal komited untuk terus melabur di Malaysia.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,berkata perkara itu dizahirkan dalam satu pertemuan strategik bersama pemimpin industri dan penggubal dasar AS,termasuk wakil SIA,di Washington D.C.
Ujarnya,pertemuan itu turut memperkukuh misi Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam industri semikonduktor dan teknologi tinggi global,selari dengan pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).
“MITI komited menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan yang mampan,progresif dan berteraskan kerjasama ekonomi dua hala yang saling menguntungkan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur