2025-05-06 HaiPress

Anggota bomba mengangkat mayat kanak-kanak lelaki yang lemas di kolam buatan di Presint 17./ Foto Ihsan JBPM
PUTRAJAYA 6 Mei: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebuah kolam buatan berhampiran jejambat Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Kasturi,Presint 17,Putrajaya,petang semalam.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya,Yusrizan Yaacob berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 5.17 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi jam 5.20 petang,mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam.
“Pasukan penyelamat membawa mangsa naik ke darat dan diserahkan kepada ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataannya.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur