2025-05-06 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
JOHOR BAHRU,6 Mei — Keadaan keselamatan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang bertugas dalam misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan berada dalam keadaan terkawal,meskipun berdepan situasi berpotensi risiko keselamatan.
Panglima Tentera Darat,Jeneral Tan Sri Datuk Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata pelbagai langkah kontingensi telah diambil termasuk penyediaan bunker bagi memastikan kesiapsiagaan anggota dan mengelakkan kelalaian.
“Yang kita khuatirkan ialah kemungkinan tindakan di luar kawalan oleh pihak bertelagah yang boleh menembak ke kawasan tugasan kita. Namun,Alhamdulillah,setakat ini belum ada insiden berisiko tinggi. Kita tetap berwaspada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Panglima Tentera Darat dan Pengerusi Jemaah BAKAT bersama keluarga MALBATT 850-12 di Kem Ulu Tiram,di sini,pada Isnin.
Pasukan MALBATT 850-12 dijadualkan pulang secara beransur menjelang November ini dan akan digantikan oleh pasukan MALBATT 850-13 termasuk satu platun daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sementara itu,walaupun terpaksa berjauhan dengan suami yang menjalankan tugas di Lubnan,dua isteri anggota MALBATT 850-12,Nur Fazliana Mazli dan Anisah Mohd Haluan,akur dan memahami tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi negara.
Isteri kepada Koperal Muhammad Fared Amran,Nur Fazliana Mazli berkata pengalaman berjauhan dengan suami bukan perkara baharu buatnya,namun beliau tetap cekal menguruskan anak mereka yang menghidap penyakit jantung berlubang.
“Anak saya sakit jantung berlubang tetapi lubangnya semakin mengecil. Jadi saya hanya perlu membuat susulan kerana doktor kata tidak perlu pembedahan,” katanya.
Anisah Mohd Haluan pula melahirkan rasa bangga terhadap pengorbanan suaminya dan berharap situasi di Lubnan kembali aman.
“Sebagai isteri,saya sangat memahami dan berbangga dia dapat berbakti di sana. Harapan saya semoga di sana kembali aman,penduduk tenang dan tiada lagi serangan. Saya turut mendoakan semua anggota pasukan selamat dan suami saya dapat pulang dengan selamat,” katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur