2025-05-06 HaiPress

Yang Dipertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul / Foto Bernama
KLANG,6 Mei - Keputusan mengenai status Ahli Parlimen Labuan,Datuk Suhaili Abdul Rahman dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat selepas penelitian menyeluruh dibuat terhadap semua dokumen berkaitan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul memaklumkan pihaknya telah menerima surat daripada Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung perkara itu dan kini dalam proses meneliti kandungannya secara terperinci.
“Saya baru sahaja terima surat. Namun begitu,saya memerlukan masa untuk melihat dan,insya-Allah,saya akan membuat keputusan dalam masa terdekat setelah meneliti semua aspek,termasuk aspek undang-undang.
"Selain surat daripada Bersatu,saya juga telah menerima surat daripada Ahli Parlimennya sendiri. Saya akan berbincang dengan beberapa unit lain kerana saya masih belum memperoleh maklumat lengkap. Setelah maklumat lengkap diperoleh,insya-Allah saya akan buat keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perundingan Ke-2 Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA),di sini hari ini.
Sebelum ini,media melaporkan Bersatu telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Labuan.
Tindakan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April lalu yang membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan difailkan Suhaili terhadap parti tersebut.
Datuk Suhaili merupakan antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahliannya pada Jun tahun lalu selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur