2025-05-06 HaiPress

Ketua Rombongan Haji Malaysia,Mohd Hisham Harun / Foto RTM
MEKAH,6 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan akan membantu jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku kehilangan Kad Nusuk dengan menyediakan dokumen pengenalan diri sementara bagi memastikan kelancaran ibadah sepanjang musim haji 1446 Hijrah.
Ketua Rombongan Haji Malaysia,Mohd Hisham Harun berkata langkah itu bertujuan memastikan jemaah tetap dapat bergerak dan menunaikan ibadah di sekitar Kota Mekah tanpa sebarang kesulitan.
“Jika berlaku kehilangan Kad Nusuk,segera maklumkan kepada Tabung Haji. Kita akan membantu untuk mengganti dengan kad yang baharu. Sementara itu,kita akan beri pengenalan diri sementara seperti salinan visa haji untuk mereka bawa semasa ke masjid,sama ada mereka berada di luar hotel atau maktab,” katanya kepada pemberita,di sini.
Mohd Hisham turut mengingatkan hanya jemaah yang memiliki visa haji yang sah sahaja dibenarkan memasuki kawasan Mekah dan Masjidil Haram.
Oleh itu,jemaah diminta sentiasa membawa Kad Nusuk ke mana sahaja,khususnya ketika keluar dari kawasan penginapan.
Kad Nusuk,yang diperkenalkan tiga tahun lalu,berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri jemaah haji.
Ia memudahkan pergerakan jemaah dari seluruh dunia untuk memasuki Masjidil Haram di Mekah,Masjid Nabawi di Madinah serta lokasi ibadah haji lain sepanjang musim haji.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur