2025-05-06 HaiPress

Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Damansara Specialist Hospital,Dr. Jaideep Singh / Foto RTM
KUALA LUMPUR,6 Mei - Malaysia melakar satu lagi pencapaian dalam dunia perubatan dengan memperkenalkan teknologi kapsul endoskopi robotik berasaskan Kecerdasan Buatan (AI),yang membolehkan pemeriksaan dalaman dilakukan tanpa prosedur invasif tradisional.
Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Damansara Specialist Hospital,Dr. Jaideep Singh teknologi baharu itu bukan sahaja memudahkan proses diagnosis,malah menawarkan pengalaman rawatan yang lebih selamat,selesa dan pantas.
“Dengan adanya teknologi ini,pesakit hanya perlu menelan kapsul kecil bersaiz 1.2 sentimeter tanpa perlu ubat bius. Kapsul ini akan bergerak dalam sistem penghadaman dan merekod imej secara langsung untuk dianalisis oleh sistem AI,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Beliau menjelaskan,kapsul tersebut akan melalui keseluruhan sistem pencernaan,termasuk usus kecil,dalam tempoh antara empat hingga enam jam. Sepanjang tempoh itu,pesakit masih bebas bergerak seperti biasa sementara data direkod melalui alat khas yang dipasang pada bahagian perut.
Dengan penerapan teknologi AI dalam prosedur ini,Malaysia kini setanding dengan negara maju dalam memperkenalkan inovasi perubatan bertaraf global. Langkah itu juga diyakini mampu mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan perubatan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur