2025-05-06 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto RTM
KUALA LUMPUR,6 Mei - Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada penerokaan pasaran baharu dan bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi serta perdagangan negara kekal kukuh di peringkat global.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan memperuntukkan dana kepada syarikat tempatan,termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),bagi membolehkan mereka memasuki pasaran baharu.
“Peruntukan ini akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat tersebut untuk masuk ke pasaran baharu termasuk Rusia,benua Afrika,Asia Barat dan juga Amerika Selatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada sidang media pengumuman Kad Laporan Prestasi MITI suku pertama 2025,di sini hari ini.
Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkenaan tarif Amerika Syarikat memaklumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi mempercepatkan usaha penerokaan pasaran baharu.
Dalam sidang media sama,Tengku Datuk Seri Zafrul turut memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengadakan kunjungan rasmi ke Rusia dalam masa terdekat.
Lawatan itu bertujuan mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan,selain mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat yang berdagang dengan Malaysia serta pelabur Malaysia di Rusia.
Sementara itu,ketika membentangkan Kad Laporan Prestasi MITI suku pertama 2025,beliau berkata Malaysia akan memperluaskan kerjasama dengan blok ekonomi BRICS,blok ekonomi Amerika Selatan (MERCUSOR) serta meneroka kepelbagaian pasaran.
Laporan itu turut menekankan usaha memperkukuhkan perdagangan intra-ASEAN,termasuk mempercepatkan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital,dalam usaha memperkasa kedudukan dagangan serantau.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur