2025-05-06 HaiPress

Kestabilan politik sejak beberapa tahun lalu juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur.
KUALA LUMPUR,5 Mei - Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dan mengatasi prestasi negara setaranya walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh ketegangan perdagangan,kata Moody's Ratings.
Naib presiden dan pegawai kanan kreditnya Martin Petch berkata walaupun pertumbuhan global berkemungkinan perlahan,ekonomi Malaysia yang pelbagai,kelebihan daya saing dan kredibiliti dasar akan membantu mengurangkan kesan tersebut.
"Kita berada dalam situasi yang agak tidak menentu. Impak utama yang kami lihat adalah penurunan pelaburan dan permintaan pengguna serta peningkatan turun naik dalam pasaran kewangan," katanya kepada Bernama menerusi satu temu bual baru-baru ini.
Bagaimanapun,Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada peralihan dalam pelaburan langsung asing (FDI) apabila syarikat menyesuaikan diri dengan corak perdagangan baharu global.
"Dari segi potensi,Malaysia adalah salah satu ekonomi yang boleh menarik lebih banyak pelaburan,memandangkan kadar tarifnya yang agak rendah berbanding negara lain di rantau ini," katanya.
Meskipun paras hutang tinggi dan asas cukai kecil mengehadkan fleksibiliti fiskal,Petch berkata inflasi Malaysia kekal terkawal seterusnya menyediakan ruang bagi pelonggaran monetari sekiranya perlu.
"Prestasi inflasi Malaysia sangat baik. Inflasi kembali turun kepada sekitar 2.0 peratus,jadi terdapat skop bagi Bank Negara Malaysia untuk melonggarkan dasar bagi menyokong pertumbuhan," katanya.
Petch berkata kestabilan politik sejak beberapa tahun lalu juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur,dan memberi amaran sekiranya keadaan politik kembali tidak menentu ia boleh menjejaskan aliran pelaburan dan permintaan domestik.
Mengulas mengenai langkah terbaharu AS untuk mengenakan tarif ke atas panel solar Malaysia,Petch berkata kesan serta-merta berkemungkinan terhadap sektor khusus.
"Jika Malaysia mempunyai kelebihan perbandingan,terdapat skop untuk peralihan pasaran bagi mengurangkan kesannya," katanya.
Secara keseluruhannya,Moody’s menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh berbanding negara setaranya,walaupun ketegangan perdagangan global boleh menjejaskan prospek yang lebih meluas.
"Malaysia menyerlah berdasarkan kekuatan ekonominya. Kepelbagaian dan daya tahan ekonomi negara akan membantunya mengharungi cabaran pada masa hadapan," kata Petch. - Bernama
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur