2025-05-06 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,5 Mei- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin,berikutan tindak balas kerajaan terhadap kesan tarif timbal balik daripada AS,kata seorang penganalisis.
Pada 6.00 petang,ringgit melonjak kepada 4.1990/2035 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2600 ketika ditutup Jumaat lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sidang khas Parlimen hari ini menunjukkan bahawa kerajaan bersikap pragmatik dalam menangani kejutan tarif yang dilaksanakan oleh Presiden AS Donald Trump.
“Sidang khas itu menyarankan untuk kerajaan mengakui hakikat bahawa kejutan tarif dijangka memberi kesan kepada ekonomi dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kesannya.
“Ia menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk bersikap terbuka dalam komunikasi mereka kepada orang awam. Jadi,pada tahap tertentu,ini boleh membantu menyumbang kepada keyakinan terhadap ekonomi dan kerajaan kita,dan akhirnya kepada kekuatan ringgit,” katanya kepada Bernama.
Selain itu,Mohd Afzanizam berkata laporan senarai gaji bukan pertanian yang lebih baik daripada jangkaan pada Jumaat lalu gagal memulihkan nilai dolar AS,dengan Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar sekitar 99 mata.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata gabungan sentimen optimis serantau dan perkembangan dalam negara telah menyokong prestasi positif ringgit.
Beliau berkata di peringkat serantau,harapan baharu terhadap penyelesaian tarif antara AS dan China telah mencetuskan penarafan semula mata wang Asia secara meluas,memberikan rangsangan ketara kepada ringgit.
“Kelemahan dolar secara meluas dan peningkatan permintaan dalam negara terhadap aset ringgit telah mewujudkan keadaan yang sesuai untuk lonjakan nilai.
“Pergerakan ringgit adalah sebahagiannya didorong oleh asas-asas ekonomi,dan sebahagiannya oleh aliran modal. Dan jika naratif pelonggaran perdagangan terus mendapat sambutan,ia mungkin berlanjutan,” tambahnya.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9192/9225 daripada 2.9437/9467 ketika ditutup pada Jumaat,mengukuh berbanding euro kepada 4.7629/7680 daripada 4.8297/8342 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.5868/5928 daripada 5.6639/6692.
Ringgit juga menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Mata wang itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2644/2682 berbanding 3.2862/2898 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7497/7747 daripada 12.8697/8903 pada penutup Jumaat.
Ia juga mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.54 daripada 7.65/7.67 pada Jumaat dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 255.1/255.5 daripada 258.8/259.3.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur