2025-05-06 HaiPress

Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,6 Mei - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM22.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.11 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik,tender bernilai RM3.2 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 34 hari serta tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula - SBBA) bernilai RM480 juta bilion untuk tujuh ahri serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM2.0 bilion bagi sehari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.0 bilion dan RM24.0 bilion dalam tender semalaman Murabahah.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur