2025-05-06 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 Mei- Orang ramai diingatkan supaya tidak panik atau cemas sekiranya melihat pesawat tentera terbang rendah atau kehadiran aset-aset maritim di sekitar Langkawi bermula hari ini hingga 8 Mei ini.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan,situasi tersebut adalah sebahagian daripada latihan Search and Rescue Exercise Langkawi International Maritime and Aerospace 2025 (SAREX LIMA 25) yang dijalankan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Latihan berbentuk Field Training Exercise (FTX) ini melibatkan simulasi kemalangan udara serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan sekitar Langkawi dan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
“Sepanjang latihan,pesawat-pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitud rendah manakala aset-aset maritim milik agensi terlibat akan beroperasi di kawasan-kawasan latihan yang telah digazetkan,” menurut kenyataan TUDM.
Tambah kenyataan itu,semua operasi akan dikendalikan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Joint Rescue Coordination Sub-Centre (JRSC) Langkawi yang ditubuhkan khas sempena LIMA 25.
TUDM menegaskan latihan berkenaan penting bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan respons negara menghadapi sebarang kecemasan sebenar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur