2025-05-06 IDOPRESS

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah,Dr. Zaki Zamani Abd Rashid / Foto RTM
KUALA KEDAH,6 Mei - Agensi penguatkuasaan di Negeri Kedah diminta mempertingkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di kawasan-kawasan kuala di negeri itu bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah sama ada dalam skala kecil atau besar.
Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah,Dr. Zaki Zamani Abd Rashid berkata peningkatan kes penyeludupan dadah dikhuatiri akan membawa kepada peningkatan kes jenayah dan pelencongan sosial,bukan sahaja di kawasan terlibat malah turut berisiko merebak ke kawasan lain sekiranya tidak dibendung lebih awal.
“Saya ingin memohon jasa baik semua agensi penguatkuasaan,polis,AADK,Maritim dan sebagainya untuk membantu meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di kawasan-kawasan ini.
"Pemantauan juga penting. Kita gunakan istilah ‘omnipresence’,iaitu keberadaan agensi penguatkuasa di tempat-tempat ini dapat mengurangkan atau mencegah berlakunya penyeludupan dadah,” katanya ketika ditemui RTM,di sini.
Tambah beliau,orang ramai,khususnya komuniti nelayan,turut disaran memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan sama ada ketika berada di laut mahupun di darat.
Dr. Zaki mengulas pendedahan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung penutupan pangkalan haram dan pelaksanaan larangan merentas sempadan melalui laluan berkenaan di Kelantan sejak 1 Disember lalu,yang menyaksikan peningkatan kes penyeludupan dadah ke negeri Kedah.
Beliau dilaporkan berkata,dadah berkenaan dipercayai diseludup masuk ke Kedah melalui beberapa kuala,termasuk Kuala Sanglang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur