2025-05-06 IDOPRESS

Foto Bernama
PUTRAJAYA,6 Mei - Amalan pembelian tergesa-gesa pada hujung tahun atau 'Christmas Shopping' yang boleh menyebabkan pembaziran sumber dalam perkhidmatan awam perlu dielak sama sekali.
Ketua Setiausaha Negara (KSN),Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata,meskipun semua kementerian dan jabatan melaksanakan inisiatif Belanjawan 2025 dan perolehan kewangan secara terancang,ia perlu dijalankan dengan memastikan tatakelola ke arah mencapai nilai faedah terbaik serta kecekapan perbelanjaan.
"Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah membangkitkan isu-isu pengurusan kewangan kerajaan,namun isu penyelewengan dan pembaziran sumber awam masih berlaku.
"Jika dibiarkan isu ini menjadi semakin kompleks dan tiada penyelesaian yang tuntas,ia akan menjejaskan kredibiliti dan persepsi masyarakat terhadap penjawat awam secara umumnya
"Penjawat awam perlu memastikan ketelusan,integriti kebertanggungjawaban menjadi teras kepada prinsip-prinsip dalam tatakelola dan etika," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Perakaunan Pengurusan 2025 bertemakan 'Perakaunan Pengurusan: Daripada Data Kepada Pembuatan Keputusan' anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia di sini,hari ini.
Terdahulu,teks ucapannya dibacakan Ketua Audit Negara,Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Menurut KSN,Kerajaan MADANI memberikan tumpuan untuk mengoptimumkan perbelanjaan awam dengan menyemak semula dasar perbelanjaan dan pengagihan sumber yang terhad bagi memastikan kecekapan,keberkesanan dan nilai untuk wang.
Katanya,penerusan pelaksanaan dasar ke arah subsidi bersasar membolehkan kerajaan mengurangkan pembaziran dan ketirisan,serta menyediakan ruang fiskal untuk menambah baik bantuan kepada golongan rentan.
Malah,kerajaan juga telah mengambil langkah positif ke hadapan dengan melaksanakan pindaan Akta Audit 1957,yang akan memberi impak positif melalui skop pengauditan terhadap pengurusan wang awam.
Usaha itu juga memastikan syor audit sentiasa diberi perhatian serius dan diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak sama ada kementerian,jabatan dan agensi serta mana-mana badan termasuk syarikat yang menerima wang awam.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur