2025-05-06 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,6 Mei - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung cadangan rangka kerja untuk produk pasaran modal yang ditokenkan.
Dalam kenyataannya,SC menjelaskan produk pasaran modal yang ditokenkan merujuk kepada representasi digital produk pasaran modal menggunakan teknologi lejar teragih (DLT),seperti saham token,bon token dan dana token.
SC menegaskan bahawa produk ini berbeza daripada token digital dan mata wang digital,yang sudah tertakluk kepada rangka kerja sedia ada yang berasingan.
“Terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan peserta pasaran modal untuk menawarkan produk pasaran modal ditokenkan atau menjalankan aktiviti terkawal berkaitan dengannya,” menurut SC.
Rangka kerja yang dicadangkan bertujuan membolehkan penerokaan lebih meluas teknologi DLT dalam pasaran modal,terutamanya dalam kes penggunaan yang membolehkan aset boleh diprogramkan,pemilikan pecahan,serta peningkatan ketelusan dan kecekapan dalam penyimpanan rekod,di samping memastikan perlindungan pelabur.
SC turut mengalu-alukan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan,termasuk bakal pengeluar,pengantara berlesen,penyedia perkhidmatan teknologi,pelabur institusi,profesional perundangan dan pematuhan,serta persatuan industri bagi memastikan proses perundingan yang inklusif dan membina.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur