2025-05-07 HaiPress

Sebahagian daripada 142 jemaah haji dari Kelantan yang yang bertolak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa
KOTA BHARU,7 Mei - Seramai 2 ribu 291 jemaah haji dari Kelantan terpilih untuk melaksanakan ibadah itu tahun ini daripada keseluruhan 31,600 jemaah di seluruh negara.
Ia melibatkan 13 penerbangan bermula 29 April lalu sehingga 11 Mei depan.
Menurut Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) Kelantan Mohamad Rosli Mustapai,kesemua penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Madinah.
" Untuk 13 penerbangan ni hanya meliputi 1846 jemaah haji,selebihnya ada juga jemaah haji kita yg membuat pilihan naik melalui stesen berlepas yg lain terutamanya stesen berlepas Sepang dan juga ada di kalangan jemaah haji yg memilih untuk pergi dengan PGH iaitu pengelola jemaah haji," katanya.
Beliau di temui selepas Majlis Perasmian Pelepasan Jemaah Haji Kelantan Musim Haji 1146H/2025M di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Panji,Kota Bharu yang di sempurnakan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Pada majlis itu,seramai 142 bakal jemaah haji menaiki penerbangan ke 7 dari LTSIP ke KLIA.
Mengulas lanjut,Mohamad Rosli berkata operasi pelepasan jemaah haji dari negeri itu setakat ini berjalan lancar.
Beliau turut menasihati bakal - bakal haji dan waris supaya sentiasa merujuk jadual dan arahan semasa di keluarkan Tabung Haji bagi mengelakkan sebarang masalah
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur