2025-05-07 HaiPress

Motosikal ditunggang mekanik yang terbabit kemalangan dengan lori di kilometer 70.3 Jalan Benut Pontian./ Foto PDRM
PONTIAN,7 Mei-Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang lori di kilometer 70.3 Jalan Benut Pontian,tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian,Superintendan Mohammad Shofee Tayib,berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pontian menghala Benut sebelum terlanggar belakang lori yang sedang bergerak perlahan untuk untuk membelok ke simpang.
"Akibat kemalangan itu,mangsa,Muhammad Syahir Azman,18 tahun,meninggal dunia di lokasi,manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur