2025-05-07 HaiPress

"Perkhidmatan Bagasi Haji memberikan ketenangan fikiran kepada jemaah supaya mereka dapat menumpukan sepenuhnya kepada ibadah,tanpa perlu risau mengenai barangan peribadi masing-masing.
KUALA LUMPUR,7 Mei - Pos Malaysia Berhad melalui perkhidmatan kuriernya,Pos Laju perkenal perkhidmatan Bagasi Haji bagi menyokong keperluan logistik jemaah Haji yang akan menunaikan ibadah di Mekah dan Madinah,tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya Zaini Yahman berkata perkhidmatan itu memudahkan jemaah menghantar pulang barangan dan bagasi dengan selamat serta teratur.
Dengan anggaran lebih 250 tan bagasi dan barangan akan dihantar ke seluruh negara,pihaknya komited untuk memastikan setiap penghantaran dikendalikan dengan selamat,berhati-hati dan tiba tepat pada masanya. .
Perkhidmatan itu turut ditawarkan ke beberapa negara ASEAN seperti Thailand,Indonesia,Singapura dan Brunei.
Jemaah boleh menghantar bungkusan dan bagasi mereka di kaunter Pos Laju yang disediakan di hotel penginapan ditetapkan.
Barangan akan dihantar terus ke alamat jemaah di Malaysia dalam tempoh anggaran tujuh hingga 14 hari bekerja.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur