2025-05-07 IDOPRESS

Foto Facebook TUDM
ALOR SETAR,6 Mei - Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam kemalangan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH),Kepala Batas,petang tadi.
Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Di Raja Malaysia TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pesawat itu mengalami masalah "Nose Landing Gear" semasa melakukan pendaratan di LTSAH kira-kira pukul 5.00 petang tadi.
"Pesawat tersebut terlibat dalam menjalani latihan "Opening Gambit" untuk acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langakwi 2025 LIMA 25," menurut kenyataan itu.
Juruterbang pesawat dilaporlan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sehubungan itu,TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal psti punca kejadian dengan lebih terperinci.
Sementara itu,LTSAH ditutup sementara berikutaninsiden berkenaan.
Malaysia Airports dalam kenyataannya memaklumkanpenutupan landasan tersebut bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaandan pembersihan landasan dijalankan.
Kenyataan itu berkata,satu notis kepadajuruterbangNOTAM telah dikeluarkan dan penutupan berlanjutan hinggapukul 10.30 malam tadi.
Sepanjang tempoh itu,semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.
Pihak lapangan terbang akan mengeluarkanmaklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur