2025-05-07 IDOPRESS

Jenazah pendaki rakyat Malaysia,Rennie Abdul Ghani selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Mutmainnah Cahaya,Masai. / Foto Bernama
JOHOR BAHRU 7 Mei: Pendaki rakyat Malaysia,Rennie Abdul Ghani,yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Torean,Gunung Rinjani di Pulau Lombok,Nusa Tenggara Barat,Sabtu lalu selamat dikebumikan.
Allahyarham yang berumur 57 tahun,disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah,Pasir Gudang,Johor Bahru.
Majlis pengebumian dihadiri lebih 150 orang,termasuk ahli keluarga,jiran dan kenalan terdekat.
Terdahulu,jenazah tiba di kediaman dekat Taman Sierra Perdana,Johor Bahru,sekitar jam 3 pagi,sebelum disolatkan di Surau Raudhatul Jannah.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu,Allahyarham dilaporkan terjatuh ke dalam jurang sedalam 80 meter,ketika mendaki bersama 23 pendaki lain,di Gunung Rinjani,Pulau Lombok,Indonesia.
Mangsa dipercayai meneruskan perjalanan seorang diri sebelum ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat Indonesia pada pagiAhad.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur