2025-05-07 IDOPRESS

Gambar hiasan
PUTRAJAYA,7 Mei - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan stok beras negara merekodkan lebih 1.1 juta tan metrik mencukupi untuk menampung keperluan sehingga lebih enam bulan.
Timbalan Menteri KPKM,Datuk Arthur Joseph Kurp berkata,ini termasuk stok penimbal beras berjumlah 200,000 tan metrik.
Menurut beliau,dalam tempoh terdekat ini,Malaysia tidak akan terjejas dengan konflik bersenjata antara India dan Pakistan yang dilihat semakin meruncing.
"Kerajaan akan terus memantau bagi memastikan stok beras negara sentiasa mencukupi.
"Mengikut data terkini,Malaysia merekodkan lebih 1.1 juta metrik tan beras dengan lebih 200,000 tan metrik daripadanya stok penimbal. Ia mencukupi untuk menampung keperluan sehingga lebih enam bulan," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2025 di sini,hari ini.
Tambah beliau,kerajaan berkemungkinan melaksanakan kaedah mempelbagaikan sumber beras daripada negara lain.
Ini bagi memastikan stok penimbal beras terus mencukupi buat keperluan negara.
"Meskipun apa sahaja berlaku termasuk konflik geopolitik,kita (kerajaan) akan melakukan kaedah mempelbagaikan daripada sumber beras yang kita ambil daripada negara lain. Untuk memastikan stok penimbal sentiasa ada bagi memenuhi keperluan beras negara," ujarnya lagi.
Semalam,Menteri KPKM,Datuk Seri Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan akan menambah import beras dari negara jiran susulan konflik India-Pakistan yang dijangka menjejaskan bekalan beras negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur