2025-05-07 IDOPRESS

Foto Bernama
KUANTAN,7 Mei - Pahang sedia melaksana pelan pembangunan berimpak tinggi di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu.
Empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi tanggungjawab merangka pelan tindakan pembangunan Projek Pemacu Ekonomi (EAP) serta Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
PBT berkenaan melibatkanMajlis Bandaraya Kuantan (MBK),Majlis Perbandaran Temerloh (MPT),Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Majlis Daerah Maran (MDM).
Menteri Besar Datuk Seri Rosdy Wan Ismail berkata,perancangan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam radius 15 kilometer daripada setiap stesen ECRL.
Kawasan sekitar stesen ECRL itu disasarkan berkembang sebagai pusat pertumbuhan baharu yang inklusif dan berdaya saing.
Komponen pembangunan dikenal pasti antaranyaa pembinaan Pangsapuri Pahangku,pelabuhan darat,pusat pentadbiran dan pusat komersial,hotel dan kompleks perniagaan.
Kerajaan negeri yakin pelaksanaan projek berkenaan dapat mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus meningkat taraf hidup rakyat serta memperkukuh jaringan mobiliti dan akses perkhidmatan di kawasan luar bandar dan bandar.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur